Bagaimana Hendak Melihat Karya Seni Kanak-Kanak?
Kita seringkali dipaparkan dengan pelbagai ragam karya kanak-kanak dalam kehidupan ini. Anak-anak Tadika berlari-lari keluar dari van sekolah menayangkan sekeping kertas lukisan yang berconteng dengan pelbagai garisan, rupa, bentuk dan warna dan menjerit "Ayah!, cantik tak lukisan abang?". Nah, jawapan yang paling mudah dan ringkas selalunya, "Cantikkkk....."
Apakah yang kita maksudkan cantik itu benar-benar ikhlas dari hati atau sekadar cubaan untuk meyakinkan anak tadi yang usahanya tidak sia-sia atau salah?
Sekiranya pujian cantik dari ayah tadi benar-benar ikhlas, kejajaran antara "cantik" Sang Ayah dengan "cantik" Sang Anak perlu diberi perhatian. Adakah ia benar-benar berada dilandasan yang sama?
Idealisme cantik bagi ayah mungkin merujuk kepada objek-objek yang jauh berbeza dengan idealisme anak tadi. Cantik Sang Ayah membayangkan pada supermodel, BMW, Bungalow lot atau condomium manakala anak pula membayangkan lego, transformer, avatar,Upin dan Ipin dsbnya.
Jika perselisihan idealisme sebegini berlaku, jelasnya the idea of beauty antara ayah dan anak tidak berada di landasan yang sama; yakni kebenaran terhadap kecantikan atau keindahan itu sendiri sudah tidak sejajar, lantas bagaimana boleh mengukur nilai karya dengan tepat?

( 4 tahun )
Muhamad Ali bin Zakaria
( 45 tahun )
Untuk memahami karya kanak-kanak kita harus menyelami ke dalam dunia dan pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Adalah agak kurang bijak jika kita mengharapkan kanak-kanak untuk memahami idealisme seorang dewasa. Mustahil mereka dapat menyelami pemikiran orang dewasa sebab mereka tidak pernah menjadi dewasa sedangkan kita pernah menjadi seorang anak suatu masa dulu.
Mungkin objek idealisme kita berbeza mengikut perkembangan zaman, tetapi aspek yang lainnya seperti dunia olok-olok, simulasi, fantasi, anggapan keseluruhan alam ini sebagai suatu taman permainan tetap sama.
Kesimpulannya, untuk memahami karya kanak-kanak, kita perlu memahami jiwa mereka dahulu sebelum dapat menyelami isi dan makna karya visual yang mereka gambarkan itu. Ia boleh lah diibaratkan seakan kita melihat sebuah iceberg yang terapung di permukaan air. Hanya 1/3 daripada keseluruhannya sahaja yang kita nampak. Yang tersimpan dalam lubuk hatinya, niatnya, keinginannya, maksud yang ingin diluahkannya masih tersembunyi.
Walau bagaimana pun, dengan memahami jiwa seorang kanak-kanak, kita boleh membuat andaian kasar/umum tentang apa yang terselindung disebalik kelahiran sesebuah karya itu. terdapat beberapa pendekatan yang boleh dijadikan garispanduan untuk menyelami karya kanak-kanak (mau pun orang dewasa). Antaranya pendekatan E.B. Feldman. Laura H. Chapman, Herbert Read, John Matthews, atau Torrance yang boleh dijadikan landasan untuk melihat/menghayati sesebuah karya kanak.
Sebelum kita melihat karya kanak-kanak, mari kita melihat bagaimana perkembangan artistik seseorang individu itu berkembang atau dikembangkan. Kita seringkali memuji (melabelkan) seseorang itu talented apabila melihat karya seninya yang begitu cantik/berkesan menyentuh perasaan kita. Tetapi sedarkah kita Sang pelukis itu telah mengulangi proses pengkaryaan yang sama berpuluh atau beratus kali untuk menajamkan kemahiran pengkaryaannya. Secara tanpa kita sedari juga Sang Pelukis tadi telah melalui fasa-fasa perkembangan artistik, estetik dan kefasihan memanipulasi alat, bahan, media dan medium pilihannya sehingga dapat mencapai ke tahap fasih dan menyakinkan penghayat.
Asasnya bermula sejak di zaman kanak-kanak juga. Perkembangan artistik ini perlu digilap dan dilatih mengikut fasa-fasa umur tertentu sebelum naik ke peringkat seterusnya. Kepincangan perkembangan artistik pada fasa tertentu akan menjadi halangan untuk berubah ke fas aseterusnya.
Kita boleh melihat perkembangan artistik kanak-kanak mengikut beberapa rangka teori seperti yang diketengahkan oleh Viktor Lowenfeld, Laura H. Chapman, Torrance, Al-Hurwitz & Day, dan sebagainya.
Lowenfeld menggariskan perkembangan artistik kanak-kanak kepada 7 peringkat dari kelahiran sehingga akhir remaja. Beliau meletakkan beberapa ciri-ciri ada dalam karya kanak-kanak bagi menentukan seorang anak itu telah berada ditahap tertentu. Ciri-ciri ini akan dibandingkan dengan umur biologi kanak-kanak tersebut bagi menentukan samaada dia sudah mencapai atau sebaliknya.
Perkembangan Artistik Kanak-Kanak Viktor Lowenfeld
1. Scribbling (2-4 tahun)
diagonal secara beransur-ansur sehingga menjadi ellipse. Kematangan pada peringkat ini ialah
apabila terlihat kemampuan menghasilkan rupa bulatan yang kasar.
Pembelajaran berlaku secara tak formal dan spontan. Latihan dan pengulangan berlaku demi
kelangsungan survival, komunikasi non-verbal antara kanak-kanak dan persekitarannya.
2. Pre-Schematic (4-7 tahun)
Peringkat ini hanya boleh mula diterokai setelah seorang
kanak-kanak menguasai kemahiran peringkat sebelumnya.
Kegiatan berkisar terhadap meletakkan persimbolan tertentu
kepada contengan yang dihasilkan.
The meaning giving exercise bermula dengan meletakkan persoaliti yang paling dikenali oleh kanak-kanak iaitu dirinya sendiri. Gambaran dibuat di tengah-tengah kawasan, besar, imposing dan terapung-apung. Ini juga memperlihatkan psyche anak itu sendiri yang sangat mementingkan keselesaan dirinya sendiri. sifat selfish (id) yang menguasai pemikirannya demi survival merupakan kelangsungan dari peringkat sebelumnya.
Karya pada peringkat ini terumpu kepada konsep meletakkan makna dan cuba berkomunikasi tentang diri anak itu sendiri.
1 bulatan dengan beberapa titik di tengahnya dikonsepkan sebagai "Ini saya"
Pada peringkat ini kawalan kognitif-psikomotor menjadi lebih baik lagi dari peringkat sebelumnya tetapi masih belum cukup halus untuk meniru terus dari alam dengan berkesan. Walaupun watak utamanya adalah diri anak itu sendiri, tema-tema lain lain yang mungkin boleh dikaitkan adalah tema permainan dan fantasi. seringkali mereka akan begitu obsesi dalam proses penghasilan sehingga terkeluar bunyi-bunyian yang berkaitan ketika melukis.
3. Peringkat Schematic (7-9)